Hai ^^
Kursus Kulinari ni sy ambil masa tengah tunggu result SPM
3 bulan sy belajar Pramusaji
dan lebih kurang 2 bulan je belajar Pastri
tak sempat nak habiskan sebab dah nak masuk matrik.
Rindu, Kolej Komuniti Kuantan :) Dorang panggil sy Qirah haha
Sebenarnya agak payah nak biasakan diri dengan rakan sekelas sebab masing-masing memang berbeza latar belakang.
Sy okay pun sebab sy ajak sepupu sy, Syidah utk belajar sekali.
Kena pandai berkawan & jaga perangai.
Tapi sumpah cakap, pensyarah-pensyarah kat sini memang best ;)
Ke kebetulan sy dapat yg best hm ntahla haha
Mula masuk, ingat nak belajar kos Masakan Barat tapi dah penuh.
Terpaksa masuk kos Pramusaji
Alah untuk jadi waiter yg pro
Belajar cara setting meja makan macam kat hotel tu
Daripada cara nak pilih kutleri,
sampailah cara nak lipat napkin bagai.
Belajar buat event makan-makan
Belajar cara layan customers
Yg simple-simple je tapi seronok :)
Simple lah sangat kan -.-
Paling payah bila kena cari pelanggan untuk datang makan kat restoran kami.
Maksudnya kena layan real customers okay.
Kami yg aturkan semua, & student kos masakan akan sediakan makanan.

Sorry, gambar sy takde hehe
Jadi tamatlah sesi pembelajaran untuk kos Pramusaji saya ^^
Boleh ah kerja kat hotel dengan jayanya haha
Kos Pastri pula

Best kot dapat rasa pakai baju chef hehe ^^

Mousse, masa ujian
Suka hati sy je nak letak strawberi macam tu, kan dah kena tegur.
Pensyarah cakap Mousse sy tak sedap sangat :( Sedih

Ni pun masa ujian tapi sy dah lupa pensyarah komen apa em
Dapat belajar macam-macam resepi :)
Tapi dah lupa haihhhhh
Alhamdulillah syukur sangat dapat pengalaman ni.
Sy ingat lagi masa hari terakhir sebelum sy berhenti belajar,
salah seorang pensyarah sy ada cakap
"Mesti ada hikmah kenapa Allah buat kita kenal orang tu, kenal orang ni. Mesti ada hikmah kenapa Allah takdirkan kamu belajar kat sini, walaupun sekejap"
Sy pasti suatu hari nanti sy akan tahu apa hikmahnya ^^
p/s: Belajar kulinari, 24jam boleh makan. Suka suka :D


No comments:
Post a Comment