Assalamualaikum
Hai
Pasrah bila kena tulis entri pasal kahwin *sigh*
walaupun selalu cakap "hmm nak kahwin" "bila nak kahwin ni" *sigh*
tak lupa "macam mana nak kahwin ni"
Saje nak cakap yg MatLuthfi ni comel ^^
Ehem teruskan
Hidup pun tunggang-langgang, gatal
tapi orang cakap hidup akan secara automatiknya jadi teratur lepas kahwin
sebab ada tanggungjawab
Ramai kenalan sebaya dah bertunang, berkahwin
Kakak aku sendiri pun kahwin pada usia muda, masa belajar
Kebanyakannya atas alasan "asyik berkepit je, baik disatukan"
Jodoh dah datang, Alhamdulillah
Jadi tak perlu kot nak persoalkan atau nak rancang
"nak kahwin awal ke nak kahwin lambat?"
Kalau rasa diri tu tergolong dalam kategori "wajib" kahwin
Usahakan lah, kahwin itu banyak hikmahnya
Kalau rasa diri tu dah gatal sangat, dah lama bercinta
Usahakan lah, cakap kat mak ayah
Biar study ke laut pun, biar poket kosong pun
Yang penting, beritahu orang tua
Tapi kalau kahwin, menyusahkan orang lain
Tolonglah puasa
K lupakan
Sedihnya bila tengok orang buat majlis kahwin yg mewah
Membazir
Tapi tahu,
Orang yang kuat iman je mampu buat majlis kahwin yang tak membazir
Yang betul-betul sedar boleh lah kan
Yang betul-betul taknak buat pinjaman pun boleh
Btw tahun ni ramai tanya aku "dah kahwin ke"
Atas pelbagai faktor
termasuk faktor muka. Ah benci
Tahun lepas sumpah takde seorang pun yg tanya
Seram sejuk pula rasa
Tapi Allah tahu
Aku tak mampu nak pikul tanggungjawab tu lagi
Mungkin Dia ada rancangan lain
Sebab tu aku respect kat kawan-kawan yang dah kahwin :)
Berat bahu mereka
Tak mampu untuk orang macam aku
Teringat kat seorang kawan aku
Dia kahwin dengan orang tua
Suami orang
Aku tak tanya tapi hmm
Semoga dia bahagia
Siapa sokong poligami?
Geng dengan aku jom
(padahal cemburunya tahap gunung)
Tapi prinsip tetap prinsip
Isteri ialah milik suami dunia akhirat
Tetapi suami takkan pernah jadi milik isteri
akan jadi milik isteri kalau kedua-duanya berjaya masuk syurga Allah kelak
Jadi para wanita kena faham tu
Aku tak cakap aku kuat tahan cemburu
Tapi ikhlaskan lah hati :) InsyaAllah bahagia
Bak kata kawan-kawan lelaki aku "mesti ramai nak kahwin dgn kau" hmm
No comments:
Post a Comment