Saturday, 26 October 2013

7E

Haiii ^^
Saya nak cerita sikit pasal pengalaman kerja di 7Eleven. Walaupun hanya sebulan hehe :) Sebab cuti dah habis, nak masuk uni dah masa tu.


Yeah, best. I miss them :) Workmates yg sporting, regular customers yg cool.
Sy ringkaskan je k, cerita apa yg sy ingat hehe
  • Jual topup. Pernah short sebab tak pandai guna mesin.
  • Setiap shift kena kira rokok & cerut. Tahniah kepada sy kerana sudah hafal semua jenis rokok & cerut.
  • Stock up air. Tahniah juga sebab sampai sakit pinggang kena angkat stok air yg banyak & berat tu.
  • Busy kalau stok baru (CDC) sampai.
  • Kira duit dengan pantas. Haha best je rasa.
  • Minum air Slurpee free :D
  • Setiap pagi tunggu pembekal roti sampai. K surat khabar sekali.
  • K sy dah tak ingat -.-
Btw sy kerja masa bulan puasa. Jadi memang jarang dapat sahur or berbuka kat rumah. & kami diminta utk minta derma (Semurni Kasih Ramadhan). Tiap tahun memang ada program ni. Bos kami memang semangat sangat, stor lain ada je yg tak minta derma. Jadi dalam sehari kami boleh kutip sampai RM200 lebih, tu paling banyak ah & kalau kami rajin. Tapi payah lah, sampai sy pernah kena marah dengan customer. Takpelah, yg penting kami ikhlas ;) Thanks kepada customers yg bagi kerjasama!
Sejak tu, sy jadi tak kedekut utk menderma. Alhamdulillah.
Paling menguji kesabaran ialah masa lepas Asar, sebab stor kami dekat dengan bazaar. Memang beratur customer & pintu 7E tu sampai tak boleh tutup, ada je customer masuk. Penat jaga kaunter, mesin pun jem.

Masa tu juga ada promosi Hello Kitty Charm. Tahu tak tahu tak?
 
Ni haaa, so banyak charm dah sy kumpul sebab ada customer yg taknak sticker terutamanya yg lelaki.

Next, pasal rompakan. Sebelum sy kerja situ, ada rompakan. Selepas sy berhenti, ada juga rompakan. Sy bernasib baik. Kesian kat kawan-kawan yg trauma, dorang jadi takut nak kerja shift malam. Sebenarnya perompak tu takkan cederakan pekerja, dorang nak duit je. Duit dlm pos kena minimumkan kalau shift malam. Dah la takde pekerja lelaki. Sy pun tak faham kenapa bos susah sangat nak ambil pekerja lelaki.

Sebenarnya sy rindu nak layan customers yg pelbagai ragam :) Daripada yg tua sampai la ke kanak-kanak. Macam-macam kaum. Macam-macam latar belakang. Paling rindu kat regular customers yg suka bergurau ^^
Hm banyak lagi nak cerita tapi dah la tu hehe byeeeeeeee

p/s: Tak sabar nak cuti midsem!






2 comments:

  1. Assalamualaikum :D best gak ur experienced. saya tak penah kerja part time masa cuti :) nasib baik awak dh berhenti kerja masa rompakan tu Allah jaga awak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam :) Thank awak :D Hehe nanti cuti sem boleh lah awk try kerja part time, boleh kenal-kenal orang, dapat pengalaman baru. Thank you for your comment dear :)

      Delete